HomeMV+Bongkar'Toyol' tanah tukar tiga penama dalam sehari

‘Toyol’ tanah tukar tiga penama dalam sehari

MENGEJUTKAN! ‘Toyol’ tanah berani memindah milik nama tanpa kebenaran pemilik asal tanah kurniaan Sultan Selangor kepada tiga penama dalam sehari.

Mengikut dokumen-dokumen yang ditunjukkan waris tanah, Omar Mohammad Unni, kegiatan ‘toyol’ ini bermula di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di mana penukaran tanpa kebenaran berlaku pada 31 Mac 1965.

Berita berkaitan: Toyol tanah didakwa ubah maklumat asal dokumen AA 1/62

Mantan Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Abd Aziz Abd Majid didakwa telah memasukkan namanya ke dalam geran Lot 189 Jalan Yap Kwan Seng tanpa merujuk dokumen AA/162.

Temu bual eksklusif Media Variasi bersama waris tanah Lot 189 Jalan Yap Kwan Seng, Omar Mohammad Unni.

“Lapan bulan selepas penukaran nama itu, toyol kemudiannya memindahkan kepada nama isteri Abd Aziz, Raja Teh Zaiton pada 4 November 1995.

Berita berkaitan: Toyol tanah didakwa ubah maklumat asal dokumen AA 1/62

“Berlaku perkara yang amat ajaib pada 4 Oktober 1996 apabila ‘toyol’ memindahkan daripada nama Raja Teh Zaiton kepada dirinya sendiri iaitu Raja Teh Zaiton, apa motif pindah ke nama sendiri?”

“Beberapa jam kemudian nama Raja Teh Zaiton dipindahkan ke syarikat pemaju Sea Strategy Sdn Bhd dipercayai dengan jualan harga RM5.8 juta.

“Saya tahu harga ini kerana pemilik Sea Strategy menuntut duitnya RM5.8 juta dikembalikan jika mahu tanah itu diberi kepada keluarga saya.

“Belum habis 24 jam, Sea Strategy Sdn Bhd memindahkan nama tanah kepada syarikat Grand Monarch Sdn Bhd.

“Lebih aneh, Sea Strategy dan Grand Monarch pemiliknya sama iaitu Tan Kim Seng dan itulah yang berlaku pada 4 Oktober 1996,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: ‘Toyol’ tanah Yap Kwan Seng

Semalam, MEDIA VARIASI mendedahkan kegiatan toyol Jalan Yap Kwan Seng selepas seorang lelaki bernama Omar Mohamad Unni mengadu tentang kehilangan tanah kurniaan Sultan Selangor (Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj) kepada arwah bapanya pada tahun 1951 di lot 189 Jalan Yap Kwan Seng.

MEDIA VARIASI menerima segala dokumen berkaitan dan membuat analisis kewartawanan mengenai misteri kehilangan tanah Melayu ini.

‘Toyol’ tanah Yap Kwan Seng ini telah menyebabkan kerugian masa dan jutaan ringgit kepada pemilik asal dan juga konglomerat hartanah iaitu Exsim Development Sdn Bhd yang dipercayai terpedaya memajukan residensi di atas tanah itu.

Berita berkaitan: Toyol tanah didakwa ubah maklumat asal dokumen AA 1/62

Tambah Omar, Grand Monarch selepas itu menjual tanah ini kepada Seadment Development dipercayai pada harga RM9 juta.

“Seadment jual tanah ini kepada Suriamas, anak syarikat Exism Development dipercayai pada harga RM33 juta iaitu dibawah harga RM90 juta,” katanya.

 

 

BERIKUT KRONOLOGI SIASATAN TANAH LOT 189 JALAN YAP KWAN SENG

Berita berkaitan: Toyol tanah didakwa ubah maklumat asal dokumen AA 1/62

1951 – Tanah Pendudukan Sementara (TOL) seluas lebih 25,000 kaki persegi di Lot 189 Yap Kwan Seng dibeli oleh Muhammad Unni.

1965 – Tanah ini dianugerah Sultan Selangor (Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj) kepada Muhammad Unni atas jasa beliau di Kampong Bharu. Selepas itu geran dikeluarkan.

31 Mac 1965 – Nama mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Abd Aziz Abd Majid dimasukkan ke dalam geran Lot 189 Jalan Yap Kwan Seng (Tanah anugerah Sultan sebenarnya tidak boleh dipindahmilik)

4 November 1965 – Datuk Abd Aziz telah memindahkan nama tanah tersebut ke nama Raja Teh Zaiton (isterinya).

4 Oktober 1996 – Nama Raja Teh Zaiton dipindahkan ke Raja Teh Zaiton (pindah ke nama sendiri)

4 Oktober 1996 – Nama Raja Teh Zaiton dipindahkan ke Sea Strategy Sdn Bhd dipercayai dengan harga RM5.8 juta.

4 Oktober 1996 – Nama Sea Strategy Sdn Bhd dipindahkan ke Grand Monarch Sdn Bhd (Sea Strategy dan Monarch dimiliki orang yang sama, Tan Kim Seng)

8 Ogos 2007 – Grand Monarch jual tanah berkenaan kepada Steadment Development dipercayai pada harga RM9 juta.

27 Disember 2013- Steadmont Development jual tanah berkenaan ke Suriamas Sdn Bhd, anak syarikat EXISM Development Sdn Bhd dipercayai dengan harga RM33 juta (nilai harga bawah pasaran RM90 juta)

2022 – EXISM Development bina residensi mewah Scarletz, 59 tingkat, 604 unit dipercayai tiada CF kerana isu dokumen asal atas nama Muhammad Unni, tanah kurniaan Sultan Selangor yang tidak boleh dipindah milik.

Berita berkaitan: Toyol tanah didakwa ubah maklumat asal dokumen AA 1/62

Apa berlaku pada dokumen AA/162? Sila ikuti siri ketiga di MEDIA VARIASI.

Author

Pilihan Editor