HomeBeritaTunggu laporan forensik, dalang bakal diketahui - Asyraf Wajdi

Tunggu laporan forensik, dalang bakal diketahui – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: “Siapa agaknya yang menangguk di air yang keruh dan menjadi dalang kepada kelewatan ini? Kita tunggu pendedahan Laporan Forensik Audit ini,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengulas isu kapal tempur pesisir (LCS).

Beliau berkata, kemungkinan dalang itu akan diketahui menerusi sebuah lagi dokumen rahsia mengenai penyelewengan LCS yang bakal didedahkan dalam masa terdekat.

“Dokumen laporan forensik audit mengenai kelewatan perolehan kapal berkenaan akan didedahkan selepas mendapat arahan daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenainya.

“Hishammuddin telah mengarahkan pihak Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) menyahklasifikasikan satu lagi dokumen rahsia untuk membolehkan satu lagi laporan dikongsikan kepada rakyat iaitu dokumen Laporan Forensik Audit Mengenai Kelewatan Kapal LCS.

“Laporan tersebut akan menjelaskan lagi aspek dan dalang penyelewengan dan korupsi yang berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, di sini, pada Jumaat.

Asyraf berkata, beliau mengetahui maklumat tersebut sejurus selesai mesyuarat Barisan Nasional (BN) di Johor Bahru pada Jumaat.

Sebelum ini, laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) menyahklasifikasikan laporan audit forensik mengenai projek pembinaan kapal tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan antara komitmen dan jaminan kerajaan tentang siasatan telus, tanpa melindungi sesiapa pun

Author

Pilihan Editor