HomeHiburanAbang Long Fadil 3 kutip RM3 juta hari pertama

Abang Long Fadil 3 kutip RM3 juta hari pertama

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Filem Abang Long Fadil 3 bermula langkah kanan apabila tayangan rasminya semalam berjaya meraih kutipan RM3 juta menerusi 159 buah pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pengarah dan idea asal Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof bersyukur di atas sambutan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton’ buah tangannya’.

“Alhamdulillah, ia menyaksikan permulaan yang baik buat Abang Long Fadil 3 menerusi sambutan yang memberangsangkan ini.

“Terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di pawagam.” kata Syafiq dalam satu kenyataan.

Syafiq berharap filem komedi dan aksi ini mampu menepati cita rasa penonton.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam masa sama Fadil diburu oleh King Cobra kerana dendam dahulu.

Author

Pilihan Editor