HomeBeritaBapa pelakon remaja dakwa dicabul direman

Bapa pelakon remaja dakwa dicabul direman

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang mendakwa dirinya dicabul ditahan reman sehingga Isnin ini.

Penahanan suspek berusia 43 tahun itu dilakukan susulan laporan polis dibuat remaja berkenaan selepas dinafikan dakwaannya menjadi mangsa gangguan seksual lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan, suspek ditahan di Kedah kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman.

“Suspek direman sehingga Isnin depan (12 Sept) untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik untuk dianalisis.

Katanya, saringan air kencing ke atas suspek bagaimanapun negatif dan tiada sebarang rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Terdahulu, remaja terbabit, Puteri Balqis yang juga Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu, membuat pendedahan mengejutkan menerusi satu temu bual di laman YouTube, mengenai sikap sebenar bapanya sehingga mendapat perhatian umum.

Bapa pelakon itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah menafikan dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, remaja terbabit membuat laporan polis selepas dinafikan dakwaan berkenaan.

Author

Pilihan Editor