HomeBeritaEurocopter terputus hubungan, juruterbang hilang

Eurocopter terputus hubungan, juruterbang hilang

KUALA LUMPUR: Pesawat jenis Eurocopter membawa seorang juruterbang, terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) selepas berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, tengah hari tadi.

Helikopter berkenaan dilaporkan hilang oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), selepas terputus hubungan pada jam 12.16 tengah hari.

Lokasi terakhir pesawat dilaporkan di kawasan hutan Bidor.

Helikopter berkenaan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas dari LTSAAS pada jam 11.37 pagi.

Author

Pilihan Editor