HomeMV+EksklusifKerajaan digesa tubuh RCI siasat operasi pusat pemulihan

Kerajaan digesa tubuh RCI siasat operasi pusat pemulihan

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat pusat pemulihan yang beroperasi di bawah nama madrasah dan pertubuhan kebajikan di seluruh negara.

Berita berkaitan: Modul pemulihan tanpa dera, kurung atau gari – PERGAK

Perkara itu dikemukakan oleh Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor, Datuk Nazilah Idris.

Katanya, ini berikutan pelbagai pihak tampil meninggalkan komen mendakwa pernah menjadi mangsa dera di premis sedemikian.

Ia susulan isu pelajar mendakwa didera ala militan yang tular di media sosial.

Berita berkaitan: Modul pemulihan tanpa dera, kurung atau gari – PERGAK

“Saya baca komen netizen di media sosial, buat kenyataan daripada video tular tentang isu ini. Kita nampak modus operandi sama, sampai nak minta keluarkan anak, tak bagi duit, kena bagi kambing, kambing pula jenis hidup.

“Apa signifikannya untuk keluarkan anak daripada madrasah, kena bagi seekor kambing? Benda ini berlaku kepada mereka yang sama mengalami macam mana mangsa lalui.

“Jadi, saya cadang kepada kerajaan tubuh RCI, minta polis juga siasat isu ini berdasarkan komen netizen, ambil komen-komen ini sebagai leading to evidence,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Modul pemulihan tanpa dera, kurung atau gari – PERGAK

Baru-baru ini wakil madrasah dikenali Ridzuan tampil mengesahkan madrasah berkenaan menjalankan pusat pemulihan dadah secara tidak sah sejak 2002 dan hanya sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Berita berkaitan: Modul pemulihan tanpa dera, kurung atau gari – PERGAK

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon turut menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Susulan itu, lelaki dikenali Hafiz tampil mendedahkan di akaun Twitter hafizfiz18, kronologi kejadian menimpa adiknya yang didakwa didera selepas keluarga menghantarnya atas tujuan untuk berubat.

Berita berkaitan: Modul pemulihan tanpa dera, kurung atau gari – PERGAK

Author

Pilihan Editor