HomeHiburanItu bukan gambar Bilal, kata Neelofa

Itu bukan gambar Bilal, kata Neelofa

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Sebuah foto kini tular di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa berdasarkan bentuk wajah dan kulit putih gebunya.

Menerusi perkongsian oleh pengguna dikenali @bebelancikmin, dia tidak menyatakan kesahihan gambar tersebut sebaliknya menulis hantaran bertanya kepastian sama ada bayi lelaki tersebut ialah Bilal atau tidak.

Menariknya, perkongsian tersebut mendapat perhatian selebriti berniqab itu yang turut serta tampil meninggalkan komen di ruangan tersebut.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menafikan foto bayi tular bersama seorang wanita dalam TikTok tersebut adalah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

“Maaf semua, ini bukan Bilal. Tetapi comelnya, masya-Allah,” komen Neelofaa ringkas pada hantaran tersebut.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet termasuklah ada individu mendakwa wanita yang mendukung bayi lelaki tersebut adalah adik perempuan kepada suami Neelofa iaitu Haris Ismail.

Selain itu, ada yang turut menafikan gambar tersebut dengan mengatakan bayi tersebut adalah anak buah kepada Haris Ismail merangkap sepupu Bilal.

Tidak kurang juga ada mengatakan pernah melihat Bilal didukung oleh suami kepada kakak Neelofa iaitu Shahrin di Insta Story.

Sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum atas alasan mahu ‘elak’ daripada sebarang penyakit Ain yang berpunca daripada pandangan mata atau dendam.

Akan tetapi, bekas pengacara MeleTOP itu kerap berkongsi perkembangan dan foto anak lelakinya di media sosial meskipun hanya menampakkan sebahagian wajahnya seperti belakang badan, kaki dan tangan.

Jika ada gambar penuh, selebriti itu pasti akan meletakkan ‘sticker’ bagi mengelakkan wajah anaknya terdedah.

Author

Pilihan Editor