SRI HARTAMAS: Rasa tanggungjawab untuk menjadikan orang lain cantik membuatkan Dr Wan Hidayu Wan Ahmad membuka rangkaian kedua klinik kecantikan miliknya di Publika.
Pemilik Klinik Nur Raisha itu berkata, kerana rasa tanggungjawab itu mendorongnya untuk meninggalkan khidmatnya selama tujuh tahun di Hospital Sungai Buloh dan membuka klinik kesihatan am dan kecantikan.
“Saya menawarkan rawatan kecantikan mengikut bajet pelanggan.
“Pasal duit, tiada masalah di sini, jika tidak mampu cuba bantu, kita ada budi bicara.
“Contohnya, jika ada RM100 boleh buang lima biji dahulu keratosis (kutil) di wajah.
“Saya gembira dan puas hati jika ada pelanggan beritahu suami semakin sayang kerana semakin cantik, rasa tercapai matlamat saya sebenarnya,” katanya pada majlis pembukaan Klinik Nur Raisha iaitu rangkaian kedua di Publika, Solaris Dutamas.
Rangkaian pertama di Puncak Alam mendapat sambutan orang ramai kerana kliniknya menawarkan perkhidmatan kesihatan am dan kecantikan.
Klinik itu ditauliahkan lesen kecantikan termasuk LCP dengan perkhidmatan oleh doktor pakar termasuk Dr Wan Hidayu.
Antara rawatan paling popular adalah menghilangkan kesan jeragat dengan rangkaian produk yang dikeluarkan khas untuk mengatasi masalah ini.
Tambah Dr Wan Hidayu, ramai tidak tahu beza antara spa dan klinik kecantikan.
“Klinik menggunakan khidmat doktor bertauliah, berlesen manakala spa rawatan kecantikan tanpa tauliah.
“Harga amat berpatutan antara sebab ramai pelanggan memilih khidmat kami walaupun dari negeri lain sanggup datang sini.
“Daripada maklum balas pelanggan, mereka membuat perbandingan jika di klinik lain harga rawatan kadang-kadang cecah RM7,000 tetapi sini RM1,000 lebih.
“Orang ingat harga di sini beribu-ribu tetapi rawatan yang harga RM200 pun ada dan kami tiada ‘hidden charges’, jika RM200, itu sahajalah,” katanya.
Sempena Hari Malaysia, Klinik Nur Raisha menawarkan diskaun 10 peratus untuk satu sesi.