HomeBeritaKPLB, JPA peringkat perbincangan kenaikan gred Pengurus PKD

KPLB, JPA peringkat perbincangan kenaikan gred Pengurus PKD

ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam peringkat perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan gred pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, cadangan kenaikan gred itu sesuai dengan peranan dan pengalaman mereka.

“Kita juga nak buat kajian bersama JPA untuk lanjut kontrak pengurus PKD kerana selepas kontrak mereka tamat perlu membuat permohonan semula, sebab mereka sudah berpengalaman dan nak kerja semula,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama Pengurus PKD seluruh Malaysia di sini pada Isnin.

Jelas Mahdzir ketika ini gred bagi jawatan Pengurus PKD adalah N19 dengan kontrak selama setahun.

Kementerian juga katanya mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang.

Author

Pilihan Editor