HomeBeritaLagi pelajar IPT dedah kecurian hasil kerja perkara biasa

Lagi pelajar IPT dedah kecurian hasil kerja perkara biasa

KUALA LUMPUR: Ramai bekas pelajar pascasiswazah tampil di media sosial menyokong tindakan bekas penuntut PhD dari Universiti Malaya, Abbod Mohamad Ali yang dibuang dari universiti dan hasil kerjanya diambil.

Seorang pemilik akaun Twitter @wonhophilia mendakwa dirinya pelajar UM dan apa yang berlaku ke atas Abbod adalah perkara biasa.

“Bagaimana UM boleh jadi universiti nombor satu? Eksploitasi berleluasa kerja pelajar dan tidak memberi kredit.

“Pensyarah tidak membantu atau beri tunjuk ajar hanya mahu nama dan kredit kertas kerja sahaja.

Seorang lagi pemilik akaun bernama @najatborden berpendapat dia tidak boleh ‘fight’ (bersuara) seorang.

“Kena panggil ramai lagi. sekarang ni uni lain nampak approach berkesan naikkan rating, so national uni pun dah start tiru perah student PhD. Habis satu negara punya student PhD kena perah.”

 

Seorang profesor enggan dikenali mendakwa, kes seperti ini sememangnya wujud di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan universiti membabitkan pensyarah dan pelajar.

“Kecuali dah menjadi kes mahkamah, selalunya universiti mendiamkan sahaja.

“Tetapi dalam kes pensyarah berpindah ke IPTA lain, semua kerja akademik-penyelidikan, IP (harta intelek) ikut pensyarah berkenaan.

“Pernah satu kes, pensyarah berpindah ke Singapura, membawa koleksi spesimen, sebenarnya adalah mencuri, tetapi IPTA berkenaan tidak mengambil tindakan susulan,” dakwanya kepada MEDIA VARIASI dan menyarankan untuk ke bahagian perundangan universiti untuk rujukan.

Katanya, setiap karya, idea dan hasil kerja akademik-penyelidikan di universiti, terutamanya awam (IPTA) adalah hak milik Kerajaan Malaysia, yang diwakilkan kepada universiti.

“Di dalam harta-intelek atau IP, pensyarah dan pelajar adalah inventor.

“Kecuali, atau hanya selepas mereka keluar barulah sesuatu IP dipohon, dengan persetujuan menjadi milik, atau boleh diguna pakai oleh individu sama ada pensyarah atau pelajar.

“Kedua-duanya ada hak untuk mengkomersialkan sekiranya nama mereka tertera sebagai inventor,” katanya.

Dalam kes tiada sebarang IP, tesis seseorang pelajar sarjana muda (Bachelor), sarjana (Master) dan falsafah kedoktoran (PhD) adalah hak milik universiti, menjadi arkib di perpustakaan, jabatan atau fakulti.

“Ianya dikira plagiarisme (plagiat) atau mencuri jika terbukti tidak terlibat secara rasmi dgn kerja ilmiah tersebut,” katanya.

Author

Pilihan Editor