HomeHiburanNetizen kecam Mia Sara terkinja-kinja menari, baju makin ketat

Netizen kecam Mia Sara terkinja-kinja menari, baju makin ketat

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Mia Sara mencari sasaran netizen di media sosial apabila tular video terbaharu memperlihatkan dia yang berusia 17 tahun ini menari sakan di aplikasi TikTok.

Dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna itu, Mia yang mengenakan baju berwarna kelabu dan memakai selendang hitam dilihat seronok menari bersama rakannya.

Selain tarian lincah, pemakaian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan turut menjadi perbualan apabila dikatakan kurang sesuai digayakan kerana terlihat ketat sehingga mengikut bentuk tubuh.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya itu, sekaligus menyifatkan pelakon remaja itu semakin berani dalam berfesyen.

Pada Ogos lalu, Mia menerima teguran daripada peminat yang kurang senang dengan perubahan penampilan aktres itu.

Malah, ada netizen mempersoalkan mengenai hijab yang dipakai Mia kerana dikatakan semakin singkat berbanding sebelum ini.

Author

Pilihan Editor