KUALA LUMPUR: Puteri Balqis sebelum ini dicela netizen sebagai sundal kerana sering menampilkan dirinya remaja yang seksi dan berani.
Netizen tidak pernah bertanya apa yang dilalui oleh gadis belasan tahun ini, mereka terus menghukum seolah-olah mereka kenal pelakon KL Force itu secara dekat.
Mereka lupa jalan hidup setiap orang berbeza, ada yang dibesarkan serba kemiskinan, ada yang dibesarkan dengan penderaan mental fizikal yang membentuk personaliti seseorang.
Namun kisah hidup yang didedahkan Puteri Balqis hari ini atau lebih mesra dipanggil Aqish menerusi saluran YouTube brosgangtv amat mengejutkan.
Kehidupan ketika kecilnya ibarat dibesarkan dari neraka apabila bapanya memaparkan kehidupan Islamik dengan berjubah berkopiah sebagainya tetapi gagal menjaga nafsu terhadap anak sendiri.
Puteri Balqis mendakwa dirinya dan ibu pernah ditendang selepas ibu Puteri Balqis meminta bapanya untuk mengajarnya membaca al-Quran.
“Tapi, apa yang paling teruk Aqish rasa masa dia pernah bawa Aqish keluar pergi mamak dengan kawan-kawan dia. Masa tu dah malam so takde orang and mamak tu pun nak tutup, dia (bapa kandung) akan pasang video lucah kuat-kuat bagi semua orang dengar. Dia akan gelak macam tengok kartun and ajak Aqish tengok sekali,” dakwanya lagi.
Menerusi podcast sama, Puteri Balqis turut mendakwa bapa kandungnya ibarat seperti musang berbulu ayam pernah merabanya beberapa kali. Malah, dia juga pernah masuk ke dalam tandas sama sewaktu pelakon itu sedang mandi.
Puteri Balqis berkata, ibunya sendiri ada memintanya untuk mengunci mulut.
Bagaimanapun, setiap perkara ada hadnya, kerana sudah lama memendam derita, Puteri Balqis meminta maaf kepada ibunya secara terbuka dalam podcast terbabit kerana memilih untuk tampil dan menceritakan kisah hidup mereka.
“Aqish nak mintak maaf kat mummy sebab Aqish dah tak tahan. Setiap kali nak bagitau, mummy akan suruh Aqish diam sebab taknak backfire balik kat mummy. Aqish dah tak boleh dah, it’s been 15 years…” katanya.
Perkongsian terbabit nyata mengundang rasa simpati daripada pengguna media sosial mengubah persepsi mereka selama ini.
“Dia bukan saja nak buka aib keluarga dia tapi mungkin dia dah penat pendam dan orang pulak asyik fitnah macam-macam kat dia dan ibu dia,” komen netizen.
“Patut pun kalau dia berlakon cerita sedih memang menjadi. Rupanya melalui sendiri… Harap Puteri Balqis bersabar dan terus kuat,” kata netizen lain.
“Betul kata orang. Masalah dan pengalaman hidup tu membuatkan seseorang cepat matang. Semoga Aqish dan ibu menjalani kehidupan bahagia lepas ni,” tulis seorang netizen lagi.