HomeBeritaRemaja beri keterangan saksi kes Emilia Hanafi

Remaja beri keterangan saksi kes Emilia Hanafi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini mendengar keterangan seorang remaja bawah umur sebagai kes keganasan ke atas Emilia Hanafi oleh Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Berita berkaitan: Emilia dedah Penjara Kajang hanya beri tiga koleh air sahaja sehari

Keterangan membabitkan remaja lelaki berusia 16 tahun terhadap insiden yang berlaku di kediaman no. 2 Serene Kiara, Sri Hartamas pada 22 November 2015 jam 4.40 petang.

Kes berkenaan berjalan hampir tiga jam direkodkan di hadapan Majistret Nadia Othman.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin meminta Saleh membuat pengecaman wajah Emilia Hanafi sebagai mangsa dan SM Faisal SM Nasimuddin sebagai suspek.

SM Faisal selaku orang kena tuduh (OKT) diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala peguam pemerhati iaitu Nazri Yahya dan Amer Asyraf dan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia hadir bagi pihak Emilia.

Turut hadir penjamin Faisal dalam kes iaitu pemandu peribadinya.

Berita berkaitan: Emilia dedah Penjara Kajang hanya beri tiga koleh air sahaja sehari

SM Faisal bersama peguamnya hadir di Mahkamah Majistret.

Mengikut pertuduhan, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang juga isterinya ketika itu, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan: Emilia dedah Penjara Kajang hanya beri tiga koleh air sahaja sehari

Pada 27 Jun lalu, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengenai tarikh lawatan tiga anaknya dan wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lalu.

Pada 1 Ogos lalu, seorang pemandu kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sarjan Saleh Omar Osman memberitahu mahkamah yang sama bahawa beliau melihat Emilia menangis ketakutan, menunjukkan kesan lebam di tangan didakwanya dipukul suami.

Berita berkaitan: Emilia dedah Penjara Kajang hanya beri tiga koleh air sahaja sehari

Dalam keterangannya, beliau mengakui nampak tangan dan muka mangsa (Emilia) lebam-lebam kerana dipukul.

“Mangsa kelihatan ketakutan, menangis dan mengadu bahawa suaminya (sambil menunjukkan kepada lelaki tersebut) telah memukulnya. Lelaki itu hanya berdiam diri.

“Kemudian saya terus meminta mangsa pergi ke Balai Polis Sri Hartamas untuk membuat laporan polis tetapi mangsa mengatakan bahawa dia takut.

Berita berkaitan: Emilia dedah Penjara Kajang hanya beri tiga koleh air sahaja sehari

“Kami terus mengiringi mangsa yang masuk ke dalam kereta perempuan awal tadi ke Balai Polis Sri Hartamas. Semasa di pejabat pertanyaan (enkuiri), saya telah dimaklumkan mangsa bahawa suaminya adalah SM Faisal,” katanya ketika membaca penyataan bertulis di hadapan Majistret Nadia Othman.

Author

Pilihan Editor