HomePendidikanTay Yee ditawar biasiswa oleh Premier Sarawak di pentas konvokesyen

Tay Yee ditawar biasiswa oleh Premier Sarawak di pentas konvokesyen

OLEH: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Seorang pelajar cemerlang Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditawarkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg biasiswa melanjutkan pengajian pada pada Konvokesyen ke-30 PKS.

Detik bersejarah bagi Sonia Tay Yee, 22, itu tatkala menerima anugerah pelajar terbaik dari segi akademik dan bukan akademik yang disampaikan oleh Premier Sarawak sendiri.

Tay Yee merupakan pelajar akauntansi yang berasal dari Pantu, Sri Aman telah ditawarkan biasiswa Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada sidang media selepas menyampaikan Sijil Diploma kepada 800 pelajar PKS, Abang Johari mendedahkan beliau sempat bertanya kepada Tay Yee sama ada ingin meneruskan pengajian.

“Tay Yee menjawab ya… saya terus menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak bersedia menawarkan biasiswa melalui Yayasan Sarawak kepadanya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan menerusi Unit Pusat Universiti (UPU),” katanya.

Menurut Abang Johari yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak, Tay Yee turut mempunyai pilihan sama ada memohon tempat di universiti tajaan Kerajaan Sarawak termasuk Swinburne dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) jika tidak diterima tawaran UPU.

Terdahulu Konvokesyen PKS ke-30 menyaksikan seramai 1,268 pelajar bergraduasi pada hari kedua acara berprestij itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, Kuching Sarawak.

Author

Pilihan Editor