HomeBeritaTolong beritahu di mana Jho Low - Hamzah

Tolong beritahu di mana Jho Low – Hamzah

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyeru mana-mana individu yang tahu keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk tampil memberi maklumat.

Beliau turut mempersoalkan individu yang mendakwa mengetahui tidak memaklumkan kepada KDN.

“Pihak terbabit sepatutnya memberikan maklumat tersebut kepada KDN untuk siasatan lanjut dilakukan.

“Dia tahu? Pasal apa dia tak maklumkan pada kita di mana tempat itu di China, apa semua tolong bagi tahu,” katanya ketika menjawab soalan media ketika ditanya pada sidang media Program Visa Premium di sini, pada Khamis.

Kelmarin, penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope menerusi episod pertama program ‘Di Mana Jho Low’ yang disiarkan di platform Youtube.

Menerusi episod itu, Hope bersama penulis lain, Tom Wright, turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai.

Author

Pilihan Editor