HomeBeritaPolitikAngkatan Harapan Muda ‘belanja’ petrol percuma kepada 200 penunggang motosikal

Angkatan Harapan Muda ‘belanja’ petrol percuma kepada 200 penunggang motosikal

KUALA LUMPUR: Progam sumbangan minyak percuma dalam jelajah Harapan Anak Muda Wilayah Persekutuan di Stesen Minyak Caltex di Jalan Puchong, Taman Kuchai, di sini, memberi manfaat kepada penunggang motosikal di Bandar Puchong.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Hasbie Muda berkata, pengajuran program sedemikian adalah untuk meringankan beban penunggang motosikal khususnya di kalangan B40 serta membantu rider makanan.

“Ini merupakan program keempat Jelajah Anak Muda Pakatan Harapan iaitu pemberian isi minyak percuma untuk penunggang motosikal.

“Sebahagian dari penunggang ini terdiri daripada rider penghantar makanan untuk meringankan beban khususnya golongan B40. Di mana kami mensasarkan pemberian petrol ini kepada 200 penunggang motosikal,” katanya apabila ditemui MEDIA VARIASI dalam program tersebut.

Turut hadir dalam program itu ialah Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli.

Author

Pilihan Editor