HomeMV+PendapatAplikasi Maybank2U, MAE terhad kepada beberapa jenama telefon bimbit sahaja?

Aplikasi Maybank2U, MAE terhad kepada beberapa jenama telefon bimbit sahaja?

APLIKASI perbankan dalam talian sewajarnya berfungsi sebagai penyedia kemudahan kepada pengguna untuk pembayaran bil, urus niaga atas talian dan sebagainya.

Namun apabila ia dibangunkan tidak ‘mesra pengguna’ ia hilang fungsi membantu sebaliknya menyusahkan orang ramai.

Apa yang mengejutkan penulis apabila secara tiba-tiba aplikasi Maybank2U dan MAE tidak lagi kepada ‘to you’ setelah ia memaklumkan tidak boleh berfungsi sepenuhnya dengan beberapa jenis telefon seperti OPPO.

Aplikasi ini telah digunakan penulis sekian lama dan tidak pernah lupa untuk kemas kini setiap kali diminta berbuat demikian.

Penulis telah membawa isu ini kepada salah sebuah Maybank pada minggu lalu dan pegawai kaunter mengesahkan aplikasi berkenaan terhad kepada beberapa jenama telefon.

Jelas pegawai itu, pengguna perlu menukar jenama telefon yang boleh digunakan seperti IPhone dan sebagainya.

Kata pegawai jika pengguna enggan menukar jenama telefon yang boleh dihubungkan, aplikasi berkenaan tidak akan boleh digunakan sampai bila-bila.

Jawapan itu agak mengejutkan penulis kerana ia menunjukkan kelemahan aplikasi itu yang sepatutnya memberi kemudahan kepada pelanggan yang mereka hormati.

Perkara itu berlaku ke atas penulis sendiri, bagaimana dengan golongan B40 yang lain adakah mereka perlu menukar jenis telefon untuk dapat akses ini?

Sehubungan itu, Maybank sebagai sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia dan terkenal di rantau Asia seharusnya peka isu-isu kemudahan yang disediakan mereka agar ia tidak menyusahkan rakyat.

Maybank juga disarankan peka kepada keperluan pelanggannya merujuk pelbagai lapisan masyarakat, yang tidak hanya kepada golongan urban semata-mata tetapi di pelusuk negara.

Ciri-ciri aplikasi Maybank2u dan MAE juga perlu lebih holistik dan mesra pelanggan.

Author

Pilihan Editor