HomeBeritaBajet 2023: Kakitangan MoF 'tak balik rumah' demi Keluarga Malaysia

Bajet 2023: Kakitangan MoF ‘tak balik rumah’ demi Keluarga Malaysia

 

CYBERJAYA: Debaran pembentangan Bajet 2023 semakin terasa apabila Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi foto warga kerja Kementerian Kewangan (MoF) yang bertungkus-lumus merangka belanjawan tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memuat naik beberapa keping gambar mempamerkan situasi kakitangan kementeriannya yang sanggup ‘berkampung’ lebih tiga minggu demi menjalankan tugas buat kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Dah lebih tiga minggu mereka (kakitangan MoF) berkampung di sini.

“Ada yang dah beberapa hari tak balik rumah bagi memastikan penyediaan bajet yang responsif, bertanggungjawab dan reformis.

“Mohon titipkan doa untuk seluruh team MoF agar penyediaan bajet berjalan lancar. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan pelaksana,” tulisnya.

Untuk rekod, pembentangan Bajet 2023 akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini.

Author

Pilihan Editor