HomeBeritaPolitikBN tak tolak PBM, masih dalam pertimbangan - Ismail Sabri

BN tak tolak PBM, masih dalam pertimbangan – Ismail Sabri

 

CYBERJAYA: Barisan Nasional (BN) tidak menolak Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai komponen parti itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, BN kini masih mempertimbangkan permohonan parti berkenaan.

“Kita tidak tolak, kita masih mempertimbangkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan oleh pemberita mengenai status PBM yang memohon menyertai BN.

Kelmarin, Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerjasama dengan BN akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Media turut melaporkan sebelum ini, Zuraida menyatakan hasrat PBM menyertai BN menerima maklum balas positif, namun BN belum memberi keputusan rasmi mengenai permohonan itu.

Author

Pilihan Editor