HomeBeritaPolitikDAP tak perlu letak calon jika tidak hormat Agong - Noh Omar

DAP tak perlu letak calon jika tidak hormat Agong – Noh Omar

PETALING JAYA: “Jika DAP tidak boleh hormati Agong bubar Parlimen, tidak perlu letak calon DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beliau sinis mencadangkan DAP agar tidak perlu menyertai PRU15.

“Boikotlah pilihan raya, tak perlu letak calon.

“Kerajaan negeri enggan bubar DUN tetapi sedar kos meningkat apabila buat pilihan raya dua kali.

“Jika tidak mahu susahkan rakyat apa salahnya buat pilihan raya serentak.

“Jika betul pentingkan masalah rakyat bubar la sama-sama, kenapa dahulu boleh buat sekali kali ini tak boleh,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Aspirasi Koperasi Malaysia (AsKOM) di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Kelana Jaya hari ini.

Turut hadir, Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Datuk Mohd Ali Mansor Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia.

Terdahulu, beliau mengulas tindakan Charles Santiago menfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri Isnin lalu.

Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan PRU.

Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang sengaja memberi pelbagai alasan bagi mengelak dan menolak proses demokrasi supaya PRU15 dilengahkan.

Author

Pilihan Editor