HomeBeritaDesakan rakyat untuk Tun M jadi PM - Ridzuan

Desakan rakyat untuk Tun M jadi PM – Ridzuan

KUALA LUMPUR: Penggerak Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Ridzuan Abdullah berpendapat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri kali ketiga adalah desakan rakyat, bukan GTA.

Beliau berkata, Mahathir dianggap penyelamat negara ketika kejatuhan mata wang waktu dan melakukan pembangunan negara luar biasa ketika eranya.

“Kita lihat beberapa perdana menteri bertukar ganti tetapi tidak nampak ada usaha untuk pembangunan negara, situasi politik dan Ringgit Malaysia jatuh teruk.

“Tetapi saya yakin Tun M hanya mahu mentadbir negara setahun dua sahaja sebelum ia diserahkan kepada orang lain.

“Pengalaman Tun M sebagai hero pembangunan Melayu digelar Harimau Asia negara digeruni, ditakuti, berani lawan Israel.

“Rekod rasuah dia bersih berdisplin, berprinsip, bermaruah harga diri demi pembangunan negara.

“Menerusi GTA kita mahu jatuhkan kerajaan Melayu yang rasuah ganti kerajaan bersih,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Mahathir yang sebelum ini menegaskan tiada calon PM dalam GTA kini berubah nada apabila beliau sedia untuk kembali dilantik menjadi perdana menteri bagi kali ketiga, sekiranya terus menerima desakan dan tiada calon lain yang bersesuaian.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau sebenarnya mahu memilih untuk berehat dan hanya memainkan peranan sebagai penasihat.

Author

Pilihan Editor