HomeBeritaEmpat daripada 19 fakta buku Tommy Thomas dakwaan serius - Mahdzir Khalid

Empat daripada 19 fakta buku Tommy Thomas dakwaan serius – Mahdzir Khalid

AMPANG: Empat daripada 19 dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice In The Wilderness, tulisan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, bersifat serius.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendedahkan perkara itu menyerahkan kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit.

“Jelas dalam buku dia (Tommy), (ada) campur tangan kerajaan berkaitan dengan beberapa perkara yang tak sepatutnya tak dicampur tangan, jadi yang itu very clear.

“Kalau tak salah saya 19 items (dakwaan) yang telah didedahkan Tommy, yang serius ada empat fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Seranta Pemaju Masyarakat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA-PMR) bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Ibu Pejabat RISDA, di sini.

Mahdzir hadir pada Majlis Ramah Mesra Menteri bersama Pemaju Masyarakat Risda (PMR) di Ibu Pejabat RISDA, Ampang.

Media sebelum ini melaporkan, laporan siasatan mengenai buku itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Fong Joo Chung yang mengambil masa kira-kira 9 bulan bermula Disember 2021 hingga Ogos 2022 untuk disediakan.

Laporan disediakan Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat 19 dakwaan yang terkandung dalam memoir itu turut mendedahkan bahawa Tommy menerusi surat bertarikh 5 Jan lalu yang dihantar kepada Pengerusi PPK menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan memberi kerjasama atau mengambil bahagian dalam prosiding pasukan tersebut.

Author

Pilihan Editor