HomeBeritaFahami lebih mendalam pembangunan bandar melalui Malaysia Urban Forum 2022

Fahami lebih mendalam pembangunan bandar melalui Malaysia Urban Forum 2022

SHAH ALAM: Kali ini orang ramai boleh mememahami lebih mendalam mengenai pembangunan bandar melalui program Malaysia Urban Forum 2022 (MUF2022) yang akan berlangsung selama tiga hari.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam perkongsian di Facebooknya pada Sabtu, menyatakan bahawa MUF2022 akan berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13 dari 16 hingga 18 Oktober.

“Bandar Raya Shah Alam menjadi hos MUF2022 buat julung kalinya. Orang ramai dijemput hadir ke MUF2022 Sesi Ke-4 khususnya kepada warga kota Shah Alam.

“Orang ramai berpeluang mengikuti perkembangan terkini akan perihal pembangunan bandar mampan di peringkat nasional dan bagaimana keputusan kata sepakat dapat dicapai di peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya, terdapat 10 jenis aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari forum ini berlangsung seperti bicara, bengkel, kuliah, perbincangan ilmiah, perkongsian, keusahawanan, teknologi dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

“Orang ramai boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan pencerahan dan pemahaman tentang integrasi antara Agenda Perbandaran Baharu (NUA) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs),” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor