HomeHiburanFaizal Tahir ‘adjust’ Blackpink jadi Muslimah?

Faizal Tahir ‘adjust’ Blackpink jadi Muslimah?

CYBERJAYA: Penyanyi dan komposer popular tanah air, Faizal Tahir kali ini tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul ‘Santai’ yang sarat dengan nasihat berguna.

Penghasilan muzik video bagi lagu itu yang kelihatan ‘segar’ dengan penggunaan warna dan jalan cerita yang menarik kini mencecah lebih 300,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada September lalu.

Namun, siapa sedar bahawa terdapat kemunculan empat orang ahli kumpulan Blackpink ‘terselit’ dalam adegan muzik video berkenaan dengan berpakaian menutup aurat dan bertudung.

Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian Faizal Tahir di media sosial apabila gambar empat gadis itu dimuat naik bagi tujuan mempromosikan single Santai.

“Hanya yang dah tengok official MV Santai je yang akan faham. If you know, you know.

“Nasib baik isteri-isteri mat santai ni takde social media,” tulisnya ringkas pada Selasa.

Santai merupakan lagu ciptaan Faizal Tahir bersama Ezra Kong dan diterbitkan oleh Faithful Music.

Menurut Ezra yang juga penerbit single berkenaan, Santai merupakan lagu yang penuh nasihat berguna dan sesuai dijadikan iktibar buat lapisan masyarakat khususnya di Malaysia.

Author

Pilihan Editor