HomeSukanHaaland lebih berbisa berbanding Salah di EPL, apa rahsianya?

Haaland lebih berbisa berbanding Salah di EPL, apa rahsianya?

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

IMPAK dicetuskan Erling Haaland cukup luar biasa sehingga jumlah jaringannya di Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah melepasi Mohamed Salah. Apa rahsianya?

Haaland sememangnya telah menjadi pemain baharu Manchester City selepas dibawa masuk dari Borussia Dortmund dengan harga perpindahan yang mencecah €60 juta.

Daripada tujuh perlawanan yang telah berlalu, Haaland berjaya menjaringkan 11 gol dalam EPL. Ditambah tiga dalam Liga Juara-Juara, Haaland telah menghasilkan 14 gol daripada 10 perlawanan.

Rekod jaringan Haaland dalam EPL menjadikan dia mencatatkan rekod terpantas untuk mencapai 11 gol. Malah Haaland telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding Salah tahun ini!

Salah yang selalunya berbisa bersama Liverpool malah terkial-kial dan hanya menjaringkan 10 gol sepanjang 2022. Hanya dua gol yang dihasilkan Salah dalam EPL musim ini.

Kehebatan Haaland membuatkan dia diramal melepasi rekod Salah 32 gol apabila menjadi penjaring terbanyak EPL 2017/2018. Jika ditanya apakah rahsia kehebatan Haaland setakat ini, Pep Guardiola selaku pengurus City dikatakan akan melantik pasukan perubatan.

Ini kerana pasukan perubatan mampu memberikan formula terbaik untuk mengekalkan keadaan fizikal pemain terutama Haaland yang mengalami banyak kecederaan musim lalu dan mampu tampil cergas.

“Semua orang memainkan peranan penting, tetapi apa yang selalu dikatakan kepada kelab bahawa jabatan paling penting dalam kakitangan kami ialah ahli fisioterapi. Mereka menjaga pemain dengan baik.

“Erling bergelut di Dortmund musim lalu akibat kecederaan dan dia datang ke sini musim panas lalu dengan sedikit masalah, kerana pembedahan kecil yang dia alami.

“Dia mula bekerja dengan ahli fisioterapi, Mario Pafundi dan kakitangan lain. Mereka sudah tentu kerana etika kerja Haaland, dia boleh bermain dengan kerap pada masa ini. Musim lalu tidak mungkin seperti ini.

“Apabila pemain boleh bermain dengan kerap, maka ia adalah terima kasih kepada khidmat ahli fisioterapi,” kata Guardiola dipetik dari Independent.

Author

Pilihan Editor