HomeSukanKlopp bengang Trent mungkin gagal ke Piala Dunia

Klopp bengang Trent mungkin gagal ke Piala Dunia

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

TRENT Alexander-Arnold dipercayai tidak berada dalam skuad England untuk Piala Dunia 2022. Pengurus Liverpool, Juergen Klopp bengang apabila ditanya mengenai kemungkinan ini.

Alexander-Arnold telah diketepikan daripada skuad England dalam lima perlawanan terakhir. Dia kali terakhir diberi kepercayaan untuk bermain oleh Gareth Southgate menentang Hungary pada April.

Dia kehilangan daya saing dengan beberapa pemain, memandangkan England miliki ramai pemain dalam bahagian pertahanan kanan. Southgate dijangka membawa masuk Kieran Trippier, Kyle Walker dan Reece James untuk posisi itu.

Alexander-Arnold sendiri menjadi tumpuan kerana persembahannya di peringkat kelab juga tidak meyakinkan. Aspek pertahanannya sudah banyak kali dipersoalkan, salah satunya kerana dia sering dianggap lewat menghidu bahaya apabila berlaku pertukaran penguasaan bola.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp ditanya mengenai kemungkinan Alexander-Arnold diketepikan daripada skuad England dan menjawab dengan nada tinggi.

“Anda benar-benar mahu membuka perbualan ini? Saya serius, anda adalah wartawan British dan kami tidak boleh membincangkan pemilihan skuad sehingga Piala Dunia bermula, ini adalah salah satu sebab mengapa anda membuat cerita besar-besaran daripada perkara seperti ini.

“Jika anda bertanya pendapat jujur saya, anda pasti akan menjadi tajuk utama. Ia membantu Jerman, mungkin, ia tidak membantu England. Saya tertanya-tanya mengapa kami melakukannya.

“Seorang pengurus memilih pemain, atau tidak, yang pasti saya akan putuskan secara berbeza. Tetapi saya tidak bertanggungjawab ke atas pasukan ini dan itu sahaja. Jika anda mahu membincangkannya, saya boleh bercakap banyak tetapi saya tidak pasti ia berjaya. Saya rasa ,” kata Klopp dipetik BBC.

Keupayaan pertahanannya biasanya diselindungi oleh keupayaannya sebagai pencipta gol. Tetapi musim ini pemain pertahanan berusia 23 tahun itu masih belum membuat assist, walaupun menjaringkan dua gol.

Author

Pilihan Editor