HomeBeritaPolitikHamzah akui PM setia kepada parti

Hamzah akui PM setia kepada parti

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan sementara, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengakui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setia kepada parti.

“Yang Amat Berhormat PM selalu katakan beliau adalah ‘a party man”, saya hormat cara beliau menjawab.

“Beliau sebagai seorang yang setia kepada parti dan kepada Presiden. Begitu juga saya pun perlu akur kehendak parti saya.

“Jika parti kata PRU tidak sesuai diadakan sekarang, saya juga perlu ikut.

“Sama juga beliau (PM), apabila Presiden kata nak adakan PRU sekarang beliau perlu ikutlah,” katanya pada sidang media di Auditorium, Menara 1 Bukit Aman di sini hari ini.

Hamzah berkata, Ismail mematuhi kepimpinan tertinggi termasuk Presidennya, meskipun kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak menghalang untuknya membubarkan Parlimen.

Katanya, perkara itu tidak menjejaskan persahabatan terjalin antara jemaah dalam Kabinet.

“Kita (Kabinet) tiada pilihan. Sama macam kedudukan Perdana Menteri, tetapi beliau tetap perlu mematuhi dan melaksanakan apa yang parti mahu.

“Namun, kita semua masih bersahabat, dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lalu pun kita masih bincangkan apa yang perlu dibincangkan dalam Kabinet,” katanya.

Author

Pilihan Editor