HomeBeritaJabatan Penjara nafi beri ruang Najib 'berkempen'

Jabatan Penjara nafi beri ruang Najib ‘berkempen’

 

CYBERJAYA: Jabatan Penjara Malaysia (Jabatan Penjara) menegaskan bahawa tiada sebarang rakaman video diambil oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara yang membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Penegasan itu dibuat selepas sebilangan rakyat Malaysia menyuarakan ketidakpuasan hati apabila Najib dilihat masih diberi ruang untuk ‘berkempen’ menerusi saluran televisyen meskipun kini berada dalam penjara.

Susulan itu, Jabatan Penjara menjelaskan rakaman video yang disiarkan di TV1 itu dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan.

“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya dalam kenyataan media hari ini.

Author

Pilihan Editor