HomeBeritaJangan taasub parti, nilai sumbangan calon - Ridzuan Abdullah

Jangan taasub parti, nilai sumbangan calon – Ridzuan Abdullah

KUALA LANGAT: Pengundi dinasihatkan tidak taasub kepada parti, sebaliknya lihatlah sumbangan mereka kepada masyarakat dan sejauh mana keikhlasan berbakti.

Penggerak Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah yang dikatakan akan bertanding di bawah tiket Pejuang di Kuala Langat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menasihatkan demikian agar pengundi tidak salah menilai.

“Jangan taasub kepada parti kerana yang akan berkhidmat kepada rakyat nanti bukan parti tetapi calon yang menang.

“Jadi kena pilih yang boleh buat kerja bukan yang hanya muncul lima tahun sekali janji bulan dan bintang tetapi jauh dari rakyat, rakyat nak hubungi pun susah,” katanya MEDIA VARIASI.

Tambah beliau, awal-awal lagi ada jentera parti dari UMNO dan MIC bertelagah dipercayai menzahirkan tidak puas hati mengenai agihan tempat dan insiden ini disaksikan orang ramai yang hadir.

“Sedangkan di atas pentas pun boleh bertelagah tanpa segan silu, sudah tentulah perangai yang sama akan diulang di Parlimen.

“Gaduh sana sini tetapi apa hasilnya untuk rakyat?,” katanya

Desas-desus kuat mengatakan PKR, BN dan GTA akan meletakkan calon di Kuala Langat pada PRU15 nanti.

Tambahnya, rakyat sedang menilai ciri pemimpin yang wajar mereka pilih pada PRU15 nanti.

Ridzuan sebelum ini pernah membantu membebaskan 414 tahanan SOSMA pada tahun 2018 dan secara berterusan membantu rakyat khususnya penjaja yang ditindas

Kuala Langat direkodkan memiliki lebih 148,446 pengundi di mana 67 peratus Melayu 13 peratus India 17 peratus Cina dan satu peratus Orang Asli.

 

Author

Pilihan Editor