HomeBeritaJika PH cukup kuat pastinya sudah bubar DUN

Jika PH cukup kuat pastinya sudah bubar DUN

SETIAWANGSA: “Mudah sahaja jika Pakatan Harapan (PH) rasa cukup kuat pastinya sudah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah.

Beliau mengulas keputusan PH dan PAS mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Tambahnya, jika benar PH dakwa cukup kuat di Selangor contohnya, serahkan sahaja mandat kepada rakyat.

“Biar rakyat tentukan, adakah semakin kuat atau semakin lemah? Adakah rakyat masih suka dengan pentadbiran mereka atau meluat?

“Adakah rakyat memerlukan Barisan Nasional (BN) mentadbir dan mengambil balik Selangor?

“Jangan menidakkan nasib rakyat pada masa yang sama mereka perlu fokus keadaan dan situasi rakyat, jadi tiada isu pun untuk bubar jika benar-benar kuat,” katanya pada program Petrol Percuma  siri kelima (5.0) di Stesen Minyak Petron Sri Rampai, anjuran Persatuan Komuniti Prihatin Setiawangsa (MySetiawangsa).

Tambah Irwan, UMNO Setiawangsa sudah siap siaga bergerak daripada tahun 2018.

“Kita lihat anak-anak muda di Setiawangsa perlu tampil berani bersama kita, itu kita rasa terharu dengan sokongan diterima.

“Data terkini belum kemas kini tetapi pengundi Setiwanga hampir 100,000 dahulu 60,000 jadi peningkatan 40,0000 dari undi muda.

“Yang penting rakyat selesa, yakin dengan kita, sebab itu kit bergerak secara berterusan, bukan ikut musim, manggis, rambutan, durian,” katanya.

Author

Pilihan Editor