HomeNiagaLebih 500 gerai dibuka sempena Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil...

Lebih 500 gerai dibuka sempena Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil di Dataran Merdeka esok hingga jumaat

CYBERJAYA: Lebih 500 gerai jualan akan dibuka pada Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia yang akan berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memaklumkan fiesta berkenaan akan berlangsung di Datarang Merdeka mulai jam 10 pagi hingga 12 malam.

“Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia akan datang menghamparkan pelbagai produk dan jualan untuk orang ramai di Dataran Merdeka pada 20 dan 21 Oktober ini dari 10 pagi hingga 12 malam, semestinya anda taknak terlepas acara besar yang julung kali diadakan ini, perhimpunan seluruh penjaja dan peniaga dari seluruh negara havoc punya”, tulis KWP pada Rabu.

Menerusi perkongsian poster yang dimuat naik KWP, dimaklumkan lebih 446 gerai jualan dan 100 food truck akan beroperasi dalam fiesta itu.

Malahan, fiesta berkenaan turut mensajikan aktiviti menarik seperti persembahan daripada artis tempatan dan lebih 20,000 goodies bag disediakan untuk para pengunjung serta berpeluang memenangi cabutan bertuah.

“Jangan lupa datang esok claim beg-beg ni okay, doa-doa sikit moga hadiah-hadiah cabutan bertuah tu korang punya, kalau korang tak nak, admin punya!” tulisnya.

Author

Pilihan Editor