HomeBeritaKenyataan Larry Sng seperti 'sabotaj' PBM- Nor Hizwan

Kenyataan Larry Sng seperti ‘sabotaj’ PBM- Nor Hizwan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM), Nor Hizwan Ahmad menyelar kenyataan mantan Presiden Parti Bangsa Malaysia, Datuk Larry Sng yang dianggap sebagai ‘sabotaj’ parti itu.

Beliau mempertikaikan tindakan Larry menggunakan platform media sosial iaitu Facebook beberapa hari lepas untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan ahli dan rakan parti.

“Sng telah mengeluarkan kenyataan kedudukan saya digantung kerana mengadakan mesyuarat kali keenam tanpa memaklumkannya.

“Sng mungkin terlupa jadi saya nak ingatkan sebab saya seorang yang ada tatacara, orang akan tanya tiada Whatsapp Group ke?

“Ye ada, saya ada menghantar Whatsapp kepadanya, kepada Whatsapp Group di mana bukti Whatsapp ini boleh digunakan ddia jawab tidak dapat datang mesyuarat kerana berada di Sarawak pada hari berkenaan.

“Ini jawapan Sng menerusi Whatsapp, ‘please carry on’, IBM is President, IBM ini nama jolokan kepada Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Antara usulnya adalah mengangkat Zuraida sebagai Presiden secara sebulat suara. Saya tidak nampak sebarang kesilapannya, semua orang ada Wahtsapp.

“Ini bukan parti ‘tupperware’, bukan parti hu ha hu ha, parti ini ada Perlembagaan di mana kita sentiasa rujuk Perlembagaan Parti, semua minit mesyuarat ada direkodkan.

“Macam Timbalan Presiden, Talha kata apabila isu seperti ini yang sepatutnya diselesaikan dalam parti dibawa ke tatapan umum, ia dilihat sebagai satu sabotaj kepada parti, menggangu perjalanan parti.

“Kita ada Whatsapp Group, ada Whatsapp personal, tiada siapa tidak boleh dihubungi, semua orang boleh diakses tiada sepatutnya.

“Ini adalah publisiti murahan dan sabotaj usaha parti.

“Sng juga diberi notis tujuh hari untuk hadir untuk perbincangan, jika dia tiada duit beli tiket beritahu saya boleh taja untuk perbincangan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PBM, Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Nor Hizwan turut menunjukkan tangkap layar perbualan antaranya dengan Larry menerusi Whatsapp yang membuktikan Larry telah dimaklumkan mengenai mesyuarat terbabit dan juga kedudukan Zuraida sebagai Presiden.

Terdahulu, Larry mengumumkan penggantungan setiausaha agung parti dan ketua penerangan berkuatkuasa serta-merta dan memaklumkan beliau masih Presiden yang sah.

Dalam kenyataan di Facebook, Larry berkata, Hizwan Ahmad dan Zakaria Abdul Hamid digantung berhubung mesyuarat majlis tertinggi parti pada 7 Oktober lalu, yang melantik Zuraida Kamaruddin sebagai presiden.

Larry juga menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan sekiranya pilihan raya bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Zuraida sebelum ini diumumkan telah dilantik sebagai presiden baharu PBM setelah diputuskan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada wujud dua kem dalam PBM selepas Larry mengeluarkan kenyataan berkenaan, Hizwan berkata tidak wujud dua kem sebab lantikan Zuraida sebagai Presiden PBM dibuat secara keputusan kolektif dan mengikut Perlembagaan.

“Parti ini sudah lama wujud, dahulu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kemudian berkembang menjadi parti. Jadi jika ada yang memiliki kehendak dan tidak dapat dipenuhi, terserah kepada masing-masing.

“Tindakan peribadi oleh mana-mana individu bukan dalam kawalan kami, kita tiada hak menghalang dalam negara demokrasi. Sama ada dia atau parti hendak buat injuksi itu terserah.

“Kalau boleh saya tidak mahu ia diperbesarkan, sebaliknya fokus kepada PRU15 dan pengukuhan parti,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor