HomeSukanPadang bola Stadium Mini Kerteh dijangka siap hujung Oktober

Padang bola Stadium Mini Kerteh dijangka siap hujung Oktober

PADANG bola sepak Stadium Mini Kerteh dijangka siap sepenuhnya akhir bulan Oktober ini.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Kerteh Sports City menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Khamis.

“Padang bola sepak Stadium Mini Kerteh kini dalam fasa pemasangan rumput artificial bertaraf FIFA.

“Warga sekitar Kerteh dan Kemaman dijangka boleh menikmati perlawanan bola sepak disini apabila ia mula beroperasi penuh pada akhir bulan Oktober ini. Nantikan!” maklumnya.

Sementara itu, kelab penyokong bola sepak, Harimau Malaya pula menyifatkan Kerteh komited dalam mempersiapkan keperluan buat pasukannya menuju ke saingan peringkat tertinggi.

“Moga kelab Liga Malaysia yang lain mampu ikut dan bina jenama seperti Kerteh. Pelan-pelan kayuh lama-lama jadi bukit.

“Berbelanja ikut kemampuan masing-masing,” tulis Harimau Malaya di Facebook rasminya hari ini.

Author

Pilihan Editor