HomeSukanUEL: United cemas hingga minit 93, gol McTominay jadi penyelamat

UEL: United cemas hingga minit 93, gol McTominay jadi penyelamat

PASUKAN The Red Devils terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan pasukan Omonia dalam Juara Liga Europa 2022/2023 dalam perlawanan keempat di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.

United terpaksa menunggu pada masa kecederaan ketika perlawanan sudah hampir memasuki masa penamat di minit ke 93 hasil jaringan pemain gantian, Scott McTominay untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik pasukan kendalian Erik ten Hag.

McTominay, yang dibawa masuk ketika perlawanan berbaki kurang 10 minit, menyempurnakan hantaran seorang lagi pemain gantian, Jadon Sancho dengan merembat masuk gol kemenangan sekaligus melegakan ribuan penyokong United di Old Trafford.

United yang menguasai perlawanan dilihat gagal manfaat peluang yang terhidanh menerusi beberapa percubaan bahaya oleh penyerang mereka.

Pasukan pelawat amat liat untuk membenarkan gawang mereka ditembusi United hasil persembahan cemerlang penjaga gol mereka, Franchis Uzoho yang berjaya menyelamatkan serangan bertali arus United dengan mencipta 12 percubaan.

Bintang United, Cristiano Ronaldo gagal kembali ke prestasi terbaik dengan beraksi hambar dalam perlawanan meskipun baru meledak gol ke-700 dalam kerjayanya ketika menentang Everton hujung minggu lalu.

Kemenangan itu membawa United kekal di tangga kedua dalam saingan kumpulan E tiga mata di belakang pendahulu, Real Sociedad yang mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sheriff Tiraspol.

Author

Pilihan Editor