HomeHiburanPeminat teruja Siti Nurhaliza jadi duta rasmi Farm Fresh

Peminat teruja Siti Nurhaliza jadi duta rasmi Farm Fresh

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin secara rasminya diumumkan sebagai duta produk susu, Farm Fresh dalam program Gegar Vaganza semalam.

Siti turut menzahirkan ucapan terima kasihnya di Facebook kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk susu itu.

“Saya muncul menyanyikan lagu tema susu Farm Fresh di Gegar Vaganza sebentar tadi dan secara rasminya saya diumumkan sebagai duta Farm Fresh.

“Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Farm Fresh dan tentunya saya mahukan produk susu terbaik untuk keluarga, anak-anak saya dan untuk kita semua. Semuanya baik,” ujar Siti.

Berita itu disambut baik peminatnya, di mana, rata-ratanya memberi komen yang positif dan teruja dengannya.

“Menyanyi lagu susu pun sedap ‘Tok Ti’. Aku yang tak berapa gemar susu lepas ini jadi penggemar setia haha, gara-gara ‘Tok Ti’ jadi duta,” komen pengguna Facebook, Anina Bridal.

“Susu kurma sedap, lagu tema pun sedap, tambah ‘Tok Ti’ pula nyanyi lagi sedap lemak berkrim,” komen pengguna Facebook, Paet Pg.

“Pilihan tepat. Tahniah ‘Tok Ti’,” komen pengguna Facebook, Iman Mustafa.

“‘Congrats’ Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai duta Farm Fresh. ‘You look stunning’,” komen pengguna Facebook, Shamin Manja.

Author

Pilihan Editor