HomeBeritaPerutusan Khas PM Ismail Sabri 3 petang ini

Perutusan Khas PM Ismail Sabri 3 petang ini

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 3 petang ini.

Berdasarkan poster yang dimuat naik di laman media sosial rasminya hari ini, perutusan khas itu akan disiarkan melalui saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, TV3, TVS dan TV Al Hijrah.

Selain itu, perutusan khas berkenaan juga boleh diikuti menerusi Facebook Live perdana menteri.

Desas-desus mengatakan perutusan berkenaan berkemungkinan mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – BERNAMA

Authors

Pilihan Editor