HomeBerita12 menteri tikam belakang PM, Parlimen mesti bubar sekarang - Puad Zarkashi

12 menteri tikam belakang PM, Parlimen mesti bubar sekarang – Puad Zarkashi

CYBERJAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa Parlimen mesti dibubarkan segera susulan 12 menteri daripada Perikatan Nasional didakwa ‘menikam belakang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Puad berkata demikian bagi mengulas mengenai Perikatan Nasional (PN) menyerahkan warkah ditandatangani 12 menteri daripada pakatan itu kepada Istana Negara menyatakan tidak setuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Menurut Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Rengit itu, ini merupakan bukti kukuh bahawa menteri-menteri tersebut ‘menikam belakang’ Ismail dan Parlimen mesti dibubarkan.

“Ini bukti kukuh Parlimen mesti bubar sekarang. Ini bukti kukuh tidak ada musyawarah Kabinet. Ini bukti kukuh mereka tikam belakang Perdana Menteri.

“Ini bukti kukuh pentadbiran akan kacau-bilau. Ini bukti kukuh mereka bukan rakan kongsi yang bagus. Ini bukti kukuh mereka kaki sabotaj. Ini bukti kukuh mereka tolak kestabilan,” ujar beliau dalam kenyataan di Facebooknya pada Isnin.

Author

Pilihan Editor