HomeBeritaPH, Rafizi bukan Tuhan tentukan banjir atau tidak - Jamaluddin Ropa

PH, Rafizi bukan Tuhan tentukan banjir atau tidak – Jamaluddin Ropa

AMPANG: “Pakatan Harapan (PH), Rafizi Ramli bukan Tuhan hendak tentukan banjir atau tidak, seolah-olah mereka hendak buat kerja Tuhan pula,” kata Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Jamaluddin Ropa.

Beliau berkata demikian mengulas isu banjir yang dicanangkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai alasan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri di tiga negeri bawah pentadbiran PH.

Katanya, tiada siapa ada kuasa menentukan banjir atau tidak kecuali Tuhan tetapi janganlah berlakon ambil berat terhadap keselamatan rakyat sedangkan ketika bencana itu datang kelibat mereka tiada.

“Ketika banjir pun selama inipun Rafizi tiada di sisi rakyat membantu mereka.

“Realiti banjir di Shah Alam dan Hulu Langat tahun lalu selain agensi kerajaan, parti politik yang paling banyak bertungkus-lumus adalah UMNO dan BN, yang lain tak nampak batang hidung.

“Kalau ada yang turun pun mereka bawa juak politik untuk tangkap gambar, ‘selfie’ berlatar belakang kesengsaraan rakyat.

“Pemimpin Perikatan Nasional, Datuk Seri Rina Harun datang dalam keadaan cantik kemas berlakon sahaja, begitu juga Syed Saddiq hilangkan diri masa banjir, rakyat lihat, rakyat nilai sendiri sejauh mana keikhlasan pemimpin mereka.

“Buat alasan banjir tapi ketika banjir mereka tiada,” katanya kepada MEDIA VARIASI selepas melancarkan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan yang dihadiri 285.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) di Pandan, Datuk Leong Kok Wee.

Tambah Jamaluddin, realiti sebenarnya, PH tidak yakin boleh peroleh kemenangan jika yakin mereka tidak akan susahkan rakyat mengundi dua kali.

Hal ini menambah beban kewangan yang bukan sikit, menelan kos RM300 juta hingga RM400 juta setiap kali proses mengundi.

“Yang duduk di luar Selangor terpaksa ambil cuti, kos masa dan wang untuk turun sekali lagi mengundi, ia menyusahkan.

“PRU adalah soal menang atau kalah tetapi mereka tidak yakin menang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.

“PKR hari ini memang berpecah, bermasalah lihat sahajalah pemilihan di Selangor semua dibatalkan.

“Rafizi sendiri bukan lagi Timbalan Ketua Bahagian sebab pemilihan tidak sah, banyak penipuan pembohongan penyelewengan wang ringgit.

“RoS sendiri beri kata dua kepada PKR, macam mana nak kata bersiap sedia untuk PRU, jadi banjir hanya alasan selamatkan diri mereka sahaja,” katanya.

Author

Pilihan Editor