AMPANG: Pengerusi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Pengumumuman itu dibuat pada Malam Pengumuman Calon PKR di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Kosas, Ampang di sini, malam ini.
Untuk rekod, PKR menyandang kerusi Bandar Tun Razak sejak tahun 2008 yang dimenangi Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid dipecat PKR pada tahun 2014 selepas enggan melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Dr Wan Azizah melalui krisis politik yang dikenali Langkah Kajang.
Pada PRU14 lalu, PKR mencalonkan Datuk Kamaruddin Jaffar untuk kerusi Bandar Tun Razak dengan memenangi majoriti yang besar lebih 20,000 undi menewaskan BN dan PAS dalam saingan tiga penjuru.