HomeNiagaPrudential perkenal PRUFirst untuk golongan muda

Prudential perkenal PRUFirst untuk golongan muda

 

 

KUALA LUMPUR: Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkenalkan PRUFirst, pelan perlindungan komprehensif untuk golongan muda di negara ini.

Ketua Pegawai Produk dan Perkhidmatan Aktuari PAMB, Ankur Bassi berkata, PRUFirst ialah manfaat lima dalam satu yang meliputi perubatan, kemalangan, hilang upaya kekal dan menyeluruh/kematian dan faedah pembayar untuk melindungi Generasi Z daripada kesan kewangan akibat kejadian yang tidak dijangka.

Bermula dengan RM135 sebulan, beliau berkata, liputan perubatan tahunan PRUFirst bermula pada RM1.38 juta, dan Generasi Z tidak perlu menggunakan wang simpanan atau menyusahkan keluarga dari segi kewangan, untuk sebarang rawatan perubatan.

“Disesuaikan dengan golongan muda berusia 19 hingga 30 tahun, PRUFirst ialah pelan perlindungan yang ringkas namun komprehensif yang diskalakan untuk memenuhi keperluan generasi masa kini yang mahukan penyelesaian yang holistik, mudah dan ringkas.

“Dengan pilihan yang boleh disesuaikan mengikut belanjawan dan keperluan, mereka boleh melindungi simpanan dan gaya hidup apabila berdepan dengan peristiwa tidak dijangka,” katanya dalam kenyataan.

Bassi berkata, PRUFirst adalah unik kerana pelan itu membolehkan Generasi Z fleksibiliti untuk meningkatkan dan menyesuaikan liputan perlindungan dengan bajet dan keperluan mereka.

Menurut beliau, pelanggan boleh menambah perlindungan mereka dengan penggalak perubatan yang memberi jaminan perlindungan tahunan yang meningkat untuk menguruskan kenaikan kos perubatan, manakala tambahan rider penyakit kritikal yang meluas akan membantu melindungi pendapatan mereka.

Bassi berkata, jika kemalangan berlaku, pelanggan boleh menerima bayaran balik kos perubatan sebanyak RM5,000 untuk menampung perbelanjaan rawatan dan peralatan diperlukan untuk membantu pemulihan, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, bayaran sehingga RM100,000 akan diberi.

“Faedah pembayar akan meliputi premium bagi memastikan perlindungan berterusan tanpa kos jika mereka didiagnosis dengan penyakit kritikal atau hilang upaya kekal dan menyeluruh,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.prudential.com.my atau berhubung dengan perancang kekayaan Prudential. – BERNAMA

 

Authors

Pilihan Editor