HomeSukanUEL: Ronaldo ledak gol, United mara ke pusingan seterusnya

UEL: Ronaldo ledak gol, United mara ke pusingan seterusnya

CRISTIANO RONALDO mencetak gol selaku penjaring ketika membantu Manchester United meraihkan kemenangan 3-0 ke atas Sheriff Tiraspol dalam Liga Europa, di Old Trafford, awal pagi tadi.

Dua lagi gol United dijaringkan oleh Diogo Dalot dan Marcus Rashford yang membawa pasukan The Red Devils layak ke pusingan kelompok 32 pasukan terbaik Liga Europa.

Gol Ronaldo dalam perlawanan ini sudah semestinya memberi tonik terbaik buat bintang berusia 37 tahun itu untuk kembali ke prestasi terbaiknya serta mendapat kepercayaan pengurus, Erik ten Hag selepas enggan dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan minggu lalu.

Pengurus United, Erik ten Hag tidak membawa Ronaldo bersama skuad United pada perlawanan ketika seri dengan Chelsea minggu lalu dan penyerang Portugal itu kembali berlatih bersama pasukan utama pada minggu ini setelah diarahkan berlatih sendirian di pusat latihan Carrington.

Untuk rekod, Ronaldo kini sudah meledak 700 gol sepanjang kariernya bersama kelab yang merupakan satu rekod yang menakjubkan buat pemain yang kini sudah mencecah usia 37 tahun.

United akan melayan kunjungan West Ham United di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris 2022/2023 pada malam Isnin depan dan seterusnya berkunjung ke

Real Sociedad bagi perlawanan akhir Liga Europa peringkat kumpulan pada Jumaat.

Author

Pilihan Editor