HomeGlobalWanita hilang buah pinggang gara-gara mahu punggung idaman

Wanita hilang buah pinggang gara-gara mahu punggung idaman

SEORANG wanita kehilangan buah pinggangnya selepas dicuri ketika sedang menjalani pembedahan plastik kosmetik untuk memontokkan punggungnya.

Seorang jurulatih kehidupan, Anita berkongsikan kisah di akaun YouTubenya mengenai seorang kawan perempuannya yang pergi ke Republik Dominican untuk pembedahan kosmetik punggung Brazil (BBL) bernilai $3,500 dan pulang tanpa buah pinggangnya.

“Kehidupan untuknya tidak akan pernah sama, jika anda berfikir untuk mendapatkan BBL, maka anda perlu menonton video ini.

“Ini adalah salah satu cerita paling mengejutkan dan tragis yang pernah anda dengar dan merupakan salah satu cerita yang perlu anda ketahui.

“Dengan mengetahui tentang kes ini, anda akan dapat membantu melindungi bakal mangsa lain dan memastikan perkara ini tidak akan berlaku kepada orang lain lagi,” kata Anita.

Menurutnya, kawannya yang tidak dinamakan itu, menjalani BBL tersebut dan mendapati telah kehilangan buah pinggangnya setelah pulang.

Pembedahan BBL yang terkenal di luar negara itu juga dilaporkan telah mengakibatkan beberapa kematian yang dikaitkan dengan prosedurnya yang berisiko.

Author

Pilihan Editor