HomeHiburanYB kena ikut cara Tya dekati peminat

YB kena ikut cara Tya dekati peminat

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin atau Nurtria Wulandari mengambil pendekatan hantar sendiri pesanan produk jamu miliknya kepada pelanggan.

Menerusi video TikTok, Tya, 28, berjaya menyentuh hati peminatnya mungkin boleh menjadi ikutan artis lain mahupun golongan ahli politik sementelah gendang Pilihan Raya Umum ke-15 sudah dipalu.

Ibu muda itu sanggup meredah perjalanan, menyelusuri lorong dan jalan demi peminat yang menyokong karier seni dan perniagaannya benar-benar menyentuh hati orang ramai.

“Pelanggan jamu Mutyara terkejut apabila lihat saya sendiri turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).

“Saya terharu dan sebak apabila dapat berjumpa dan mendengar luahan mereka sama ada mengenai kehidupan ataupun bagaimana produk ini membantu mereka.

“Apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka, moga kehidupan mereka lebih baik selepas ini.

“Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka tetapi saya sebagai artis dan usahawan ye, bukan wakil rakyat,” selorohnya kepada MEDIA VARIASI.

Isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, disebabkan itu dia dihujani permintaan untuk meneruskan sesi itu di beberapa lokasi lain pula.

“Ada pelanggan Mutyra yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu.

“Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan Mutyara dia dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.

“Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka. Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. Insya-Allah,” katanya.

Author

Pilihan Editor