HomeBeritaPolitikAneh! Ramai ajak parti penyamun, banyak dosa bentuk kerajaan

Aneh! Ramai ajak parti penyamun, banyak dosa bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hairan kenapa ramai pihak cuba memujuk parti korup, penyamun dan banyak dosa seperti Barisan Nasional (BN) untuk bentuk kerajaan.

“Saya kata, kenapa ajak parti yang dikatakan korup dan penyamun? Carilah di kalangan yang benar-benar baik, bersih dan tak ada dosa,” luahnya dalam catatan ringkas menerusi Facebooknya.

Tambah tulisan itu, bila Parlimen tergantung ramai yang cuba memujuk:

a) Marilah BN bersama PN bentuk kerajaan demi Melayu.

b) Marilah BN bersama PH bentuk kerajaan Malaysia yang progresif.

“Saya kata, kenapa ajak parti yang dikatakan korup dan penyamun? Carilah di kalangan yang benar-benat baik, bersih dan tak ada dosa,” tulisnya.

Menurutnya, mereka kata itu cakap-cakap politik semasa pilihan raya, lupakanlah, lepas ni boleh sama-sama bentuk kerajaan dan sedia tawarkan jawatan yang sesuai.

“Yang penting kami nak bentuk kerajaan. Tanpa BN tak boleh.

“Kalau BN serius, sepatutnya bukan jawatan yang dikejar, kena tanya apakah mereka nak bertindak terhadap Tommy Thomas, terhadap Zeti, juga tentang Hakim Nazlan?

“Sebab selama ini mereka tak pernah ada pendirian tentang semua ini, ” tulisnya.

Pada 15 November dan 18 November lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak akan bekerjasama dan membentuk kerajaan bersama parti rasuah, BN malah Ketua Pemuda PAS Sik pernah mengeluarkan kenyataan undi BN masuk api neraka.

Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara konsisten dalam setiap kempennya mengutuk BN sebagai parti rasuah, tidak sebersih PN yang bebas dosa dan rasuah.

Gabungan Parti Sarawak pula bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah.

PRU-15 berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

BN mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah politiknya apabila hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi.

Namun BN kini menjadi ‘King Maker’ berikutan tiada parti menang majoriti dan perlu bergabung untuk kuasa sebagai kerajaan.

 

Author

Pilihan Editor