HomeBeritaAnwar Ibrahim persis 'Rajawali' terbang tinggi

Anwar Ibrahim persis ‘Rajawali’ terbang tinggi

‘RAJAWALI’ terbang tinggi! Itulah antara bait-bait kata yang diungkapkan sebilangan warga Malaysia apabila Istana Negara mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kisah perit jerih yang dilalui Anwar yang juga kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam memperjuangkan hak rakyat sejak dahulu lagi nyata membuatkan beliau diberi julukan ‘Rajawali’ seperti bait penulisan sajak Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia, WS Rendra.

Sajak Rendra berjudul ‘Rajawali’ itu terlihat persis menyingkap perjalanan Anwar dalam arena politik yang turut mencatatkan episod 20 tahun keluar masuk penjara.

Figura politik itu mewarnai landskap politik tanah air sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dalam tempoh dua dekad ini, termasuk gerakan reformasi dan membuat percaturan politik tanah air sehingga menyumbang melalui partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Meninjau ruangan media sosial, rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Anwar selaku PM ke-10 negara.

Malahan, rakyat turut berharap Anwar dapat mentadbir Kerajaan Perpaduan kali ini dengan melaksanakan perubahan yang terbaik buat seluruh agama, bangsa dan kaum yang ada di tanah air ini.

https://twitter.com/chungggring/status/1595656555596509185

Untuk makluman, Anwar dijadualkan akan menghadirkan diri ke Istana Negara bagi Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hari ini.

 

Sajak Rajawali – WS Rendra (1997)

Sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

Rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi

Rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti
langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara

Rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya


Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana
rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

 

Author

Pilihan Editor