HomeGaya HidupAwas! 15 agensi pelancongan perlu dielak orang ramai - MOTAC

Awas! 15 agensi pelancongan perlu dielak orang ramai – MOTAC

 

CYBERJAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) baru-baru ini mengeluarkan senarai 15 nama entiti yang perlu dijauhi oleh orang ramai dalam pemilihan syarikat pelancongan.

Perkara itu berikutan 15 entiti berkenaan dilaporkan telah melanggar Akta Industri Pelancongan 1992.

Menerusi sebuah poster yang dimuat naik MOTAC di hantaran Facebook rasminya, 15 agensi itu terdiri daripada HM IZ Empire Travel Agency, Izz Ikhwan Travel Tours, Alwani Izyan Swagsarang, As-Shams Travel & Tours dan Dolphin Island Trip.

Selain itu, Fahmi Hotblenz, Hayyat Travel, JMH Travel Agency, Jom Ronda Pulau by Chekgu Murni, Kapas Vacay, Mohammad Harith Noah Hafizh dan MyAzzahra.

Swagsarang Holidays, Syuhada Ismail dan Trips Hr Holiday Seri Petaling turut tersenarai dalam 15 entiti berkenaan yang perlu diwaspada.

“Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati memilih syarikat pelancongan,” tulisnya ringkas.

Justeru, orang ramai disarankan untuk membuat semakan lesen pengendalian pelancongan yang berdaftar menerusi laman https://www.motac.gov.my/semakan/tobtab?fbclid=IwAR0eGtX7VMrRuoztYNxCXjbXZ1TYcaSUja5p4WAJZro0awU4QZrnlJ8YwzU

 

Author

Pilihan Editor