HomeBeritaAzwan Ali tak jadi bertanding PRU15, dapat ‘mimpi’ pujukan arwah mak

Azwan Ali tak jadi bertanding PRU15, dapat ‘mimpi’ pujukan arwah mak

 

CYBERJAYA: Pengacara sensasi, Azwan Ali menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Gombak.

Azwan, 56, yang pada mulanya mendedahkan akan bertanding atas tiket calon Bebas itu menyatakan kepada media pagi ini bahawa keputusan itu dibuat atas faktor tertentu.

“Atas banyak faktor, saya minta maaf kepada penyokong yang inginkan saya bertanding. Tapi maafkan Diva AA, hajat itu tak kesampaian.

“Maknanya berita Diva nak bertanding itu terpaksa ditarik balik. Bukan main-main eh keputusan itu pagi ini kerana bisikan arwah mak Tom.

“Dia selalu datang dalam mimpi saya. So, mak menasihatkan saya jangan bertanding,” katanya dalam nada hiba.

Untuk rekod, Parlimen Gombak merupakan antara kerusi panas kerana bakal menyaksikan pertembungan antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) dengan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali (Bersatu-PN).

Authors

Pilihan Editor