HomeMV+PendapatBJ Habibie inspirasi Anwar memilih pimpinannya

BJ Habibie inspirasi Anwar memilih pimpinannya

DALAM dua tiga hari ni semua parti tertunggu-tunggu apakah kriteria menteri Kabinet yang akan bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara dasarnya parti paling banyak kerusi akan dapat habuan jawatan menteri tetapi sidang media Anwar kelmarin jelas ia bukan prinsipnya jawatan menteri sebagai hadiah parti-parti.

Sejauh manakah ahli-ahli politik atau rakyat Malaysia memahami prinsip dan sejarah perjuangan Anwar yang telah bangkit dari segala penderitaan sehingga menjawat jawatannya hari ini.

Kita soroti jawapan Anwar dalam satu rancangan (tekan di sini) TV Metro News di Indonesia yang disiarkan pada 23 Ogos 2017 dihadiri Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, iaitu mantan Presiden Indonesia.

Pengacara telah menanyakan apakah yang dilihat oleh Anwar dalam diri BJ Habibie, jawabnya beliau mengidolakan bapak BJ Habibie kerana segera membebaskan tahanan politik.

Apabila Anwar bertanya kepada BJ Habibie kenapa tindakan itu dibuat, BJ Habibie berkata, ini soal hati nurani ‘doing what is right’ dan akhirnya apa yang beliau akan jawab pada Allah SWT.

Anwar berkata, ini bukan jawapan biasa ahli politik yang beliau terima.

Menerusi perkongsian di Facebook Anwar menceritakan saat-saat Habibie bersama dengannya sewaktu melalui waktu getir dalam kehidupannya.

“BJ Habibie seorang individu yang saya anggap sebagai keluarga dan sangat prihatin tentang derita yang saya lalui semasa saya selesai operasi, bebas dari penjara di mana Allahyarham dan Allahyarhamah Ibu Ainun yang menjaga saya.

“Saya kesan sosoknya sederhana, bicaranya pintar dan panjang namun tidak sebagai seorang politisi biasa.

“BJ Habibie ini bicara dari keyakinan serta dari hati nurani. Perkara ini saya lihat sebagai sesuatu yang unik dari seorang tokoh dan pemimpin besar yang pastinya akan dirindui serta dikenang semua pihak.

Antara kriteria yang akan dipilih Anwar adalah pemimpin yang memiliki hati nurani baik dan takut apa yang mereka akan jawab di hadapan Allah SWT kelak.

Ini juga memberi satu signal bahawa Anwar tidak perlu memuaskan penagihan tuntutan jawatan menteri dari mana-mana parti politik.

Author

Pilihan Editor