HomeBerita'Disidai' tiga jam ketika pengundian awal - Nurul Fadzilah

‘Disidai’ tiga jam ketika pengundian awal – Nurul Fadzilah

SETIAWANGSA : Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin, 33, meluahkan rasa kecewa operasi di satu Pusat Daftar Mengundi (PDM) parlimen berkenaan ketika hari pengundian awal pada 15 November lalu.

Beliau berkongsi pengalaman dirinya di sebuah sekolah dalam kem tentera.

“Ada beberapa kelas yang mana anggota askar menunggu dalam keadaan sangat lama, daripada jam 8 pagi hingga jam 11 pagi sebelum dibenarkan mengundi.

“Alasan diberi petugas adalah kerana MyKad tentera ada dua, kena semak, anehnya di PDM lain laju sahaja tidak menunggu lama.

“Mereka sangat tertekan, mereka tanya kalau buat undi rosak macam mana jika lama sangat tunggu?

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lantik sekolah yang betul-betul ada pengalaman, lantik penyelia dan ahli yang ada pengalaman, ” katanya kepada media.

Pada 15 November lalu, sebanyak 578 pusat pengundian awal dibuka di seluruh negara antaranya membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera, dengan sejumlah 970 saluran.

Terdahulu, Nurul Fadzilah berkongsi pengalaman kali pertama jarinya dicalit dakwat.

Ini kerana, dua penggal Ketua Srikandi Muda Bersatu dan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu ditugaskan sebagai Ketua Pilihan Raya di Pusat Daftar Mengundi (PDM) Parlimen Setiawangsa.

Peguam yang juga bekas pengacara tv AlHijrah itu selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi Parlimen itu berkata pengalaman hari ini akan diingati selama-lamanya.

Author

Pilihan Editor