HomeBeritaViralTrend selfie dengan jari dicalit dakwat

Trend selfie dengan jari dicalit dakwat

KUALA LUMPUR: Hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) macam-macam ragam pengundi yang boleh dilihat.

Antara video ditularkan seorang lelaki menonggeng ketika sedang membuang undi, ada yang ambil kesempatan swafoto bersama selebriti, ada yang berjoget sakan dengan kapsyen ‘done mengundi’.

Kebanyakan pengundi datang bersama keluarga, semangat mengundi yang tinggi walau diusung kerusi roda.

Cuaca di kebanyakan lokasi amat baik, tiada hujan dan banjir sebagaimana dicanangkan sebelum ini.

Namun yang menjadi trend ini adalah semua tunjuk jari dan swafoto bersama jari mereka.

Selebriti Nor Fazura juga tidak melepaskan peluang menunjukkan jarinya di media sosial.

Kapsyen ‘Everyone be like’ yang dimuat naik oleh akaun TikTok Nicole Mspineapples menunjukkan pelbagai bangsa, agama dan umur ‘rancak’ menggayakan jari masing-masing.

TikTok Nicole Mspineapples

Rata-rata netizen mengatakan rakyat Malaysia bangga kerana berjaya laksana tanggungjawab mereka untuk negara.

Author

Pilihan Editor